Home Buletin Semasa TEALIVE SAHUT KEMPEN ‘JOM KOSONG’, TAWAR PENGURANGAN HARGA MINUMAN

TEALIVE SAHUT KEMPEN ‘JOM KOSONG’, TAWAR PENGURANGAN HARGA MINUMAN

193
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Syarikat Tealive merupakan jenama minuman tempatan yang pertama menyahut Kempen Jom Kosong di negara ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata, menerusi kempen tersebut, pengusaha minuman perlu menggalakkan pelanggan untuk memilih minuman tanpa gula.

“Oleh itu pengusaha disarankan untuk menawarkan pengurangan harga bagi minuman tanpa gula sehingga RM0.20 bagi setiap cawan minuman yang dijual.

“Bagi jumlah RM0.20 setiap cawan yang terjual itu akan disumbangkan kepada Tabung Bantuan Makanan Sekolah Tealive serta bakal disalurkan ke Yayasan Didik Negara untuk menyediakan makanan sekolah percuma kepada pelajar kategori B40,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Fuziah berkata, inisiatif tersebut boleh menjaga kesihatan rakyat, mencegah penyakit obesiti selain turut menyumbang kepada kebajikan pelajar yang memerlukan.

Jelasnya, sasaran Tealive bagi tempoh satu tahun adalah RM3.5 juta bagi membiayai satu hidangan kepada pelajar berkenaan.

“Kempen Jom Kosong yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bagi menyokong Kempen “Perangi Gula” yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 September lepas.

“Hasil kajian KKM menunjukkan rakyat Malaysia mengambil 26 sudu teh gula setiap hari, melebihi tiga kali ganda daripada saranan World Health Organisation jaitu 6 sudu teh sehari,” katanya.

Bagaimanapun, ujar Fuziah, kempen tersebut berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat di negara ini.

Menurutnya, Kempen tanpa sebarang peruntukan insentif kerajaan itu menjalinkan kerjasama dengan sektor makanan, minuman dan peruncitan seperti Small And Medium Enterprises Association (SAMENTA), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Sahabat Tom Yam Prihatin Semalaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association (MSCSPGA), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Malaysia Retailers Associaton (MRA) dan Federation of Malaysian Business Association (FMBA).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here