Home Hiburan JENAZAH S ATAN SELAMAT DIKEBUMI

JENAZAH S ATAN SELAMAT DIKEBUMI

135
0

KAJANG: Jenazah komposer, Allahyarham Datuk S Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, di sini, jam 11.07 pagi, hari ini.

Upacara pengebumian Allahyarham atau nama sebenarnya, Hashim Said berjalan lancar dengan dihadiri 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan peminat.

Antara selebriti yang hadir ialah Datuk M Nasir, Datuk DJ Dave, Jatt Ali, Liza Abdullah, Ziela Jalil, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Freddie Fernandez dan ramai lagi.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Jamek Bandar Kajang, di sini.

Semalam, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Bukit Kajang Baru, di sini, pada jam 3.53 petang akibat komplikasi jantung.

Antara lagu ciptaan Allahyarham diminati hingga kini ialah Tak Kenal Maka Tak Cinta, Pandang-Pandang Jeling-Jeling dan lagu raya seperti Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Balik Kampung (Sudirman), Menjelang Hari Raya (DJ Dave), Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah) dan banyak lagi.

Sebelum ini, Allahyarham pernah melakar nama antara komposer terbaik negara dan jasanya akan terus dikenang sebagai legasi seni tanah air.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dengan enam orang anak dan 10 cucu, termasuk empat anak hasil perkahwinan terdahulu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here