Home Sukan ENGLAND KETEPI ALEXANDER-ARNOLD, SAKA, RICE DAN FODEN

ENGLAND KETEPI ALEXANDER-ARNOLD, SAKA, RICE DAN FODEN

LONDON: Pengurus sementara England, Lee Carsley terpaksa membuat rombakan besar-besaran dalam skuadnya bagi aksi Liga Negara-Negara Kumpulan B2 menentang Greece dan Ireland, dengan lapan pemain kini tidak dapat diturunkan kerana kecederaan, menurut Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris semalam.

Trent Alexander-Arnold, Bukayo Saka, Declan Rice, Phil Foden, Jack Grealish, Levi Colwill, Cole Palmer dan penjaga gol Aaron Ramsdale semuanya tidak boleh beraksi untuk berdepan Greece di Athens awal pagi Jumaat ini atau Ireland di Wembley tiga hari kemudian.

Pemain Aston Villa, Morgan Rogers menerima panggilan sulung senior, manakala Jarrod Bowen dan Jarrad Branthwaite serta pemain yang tidak pernah beraksi Tino Livramento dan James Trafford turut disenaraikan dalam skuad 23 pemain Carsley.

Ia peluang terakhir Carsley untuk mengendalikan skuad itu sebelum Thomas Tuchel mengambil alih bermula 1 Januari depan.

England di tangga kedua kumpulan itu dengan sembilan mata di belakang Greece yang mengumpul 12 mata selepas memenangi semua empat perlawanan mereka setakat ini. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here