Home Hiburan EBBY YUS PERLUKAN RM3,000 SEBULAN UNTUK KOS SARA HIDUP

EBBY YUS PERLUKAN RM3,000 SEBULAN UNTUK KOS SARA HIDUP

170
0

KUALA LUMPUR: “Tinggal di ibu kota ini biasalah perlukan kewangan yang besar. Untuk saya sendiri, dengan komitmen sara hidup dan rawatan kesihatan seperti ubat-ubatan dianggarkan kena ada kira-kira RM3,000 sebulan,” kata pelakon senior berkaliber, Ebby Yus, 59.

Bagaimanapun, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid yang diuji masalah kesihatan kronik iaitu buah pinggang rosak, sudah lebih empat bulan tidak bekerja kerana tiada tawaran.

“Buat masa ini, saya masih lagi tidak boleh bekerja dan kena berehat di rumah kerana masalah buah pinggang kronik ini. Malah, saya juga kena buat dialisis air sendiri sebanyak dua kali sehari di rumah.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya ada perubahan positif. Tapi, selagi tak boleh bekerja memang tidak dapat dielak masalah kewangan dihadapi. Terutama, untuk bayar sewa rumah, bil semasa dan beli ubat-ubatan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ebby, dia juga perlu ke hospital setiap dua minggu bagi berjumpa doktor pakar secara berkala dan membuat pemeriksaan lanjut untuk masalah buah pinggang dialaminya itu.

Apapun, baru-baru ini Ebby bersyukur dia mendapat sumbangan bantuan kewangan daripada Yayasan Nurjiwa milik penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa.

“Syukur Alhamdulillah, memang saya ada dapat sumbangan kewangan daripada Yayasan Nurjiwa. Memang sangat terharu sebab saya dah lama tidak bekerja dan sumber kewangan pun memang terjejas.

“Terima kasih diucapkan atas keprihatinan rakan-rakan penggiat seni yang ambil tahu masalah kesihatan saya dan sudi hulurkan bantuan. Tapi, saya nak tawaran kerja kalau ada yang sesuai” katanya.

Ebby berkata, setakat ini dia juga mendapat bantuan kewangan bulanan daripada Baitulmal, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula baru menghantar permohonan dan belum mendapat keputusan kelulusan.

Pada Oktober lalu, Ebby dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama 17 hari untuk mendapatkan rawatan terhadap masalah kegagalan buah pinggangnya yang sudah kronik dan rosak teruk.

Tahun lalu Ebby dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), HKL akibat masalah kesihatan jantungnya dan doktor juga memberitahu tahap kekuatan jantung itu sudah tinggal kira-kira 27 peratus serta terlalu lemah. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here