Home Segmen Kesihatan KETAGIH ONANI KESAN BURUK PADA BADAN

KETAGIH ONANI KESAN BURUK PADA BADAN

516
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Onani adalah satu keinginan melakukan masturbasi untuk mendapatkan kepuasan seksual.

Ia melibatkan rangsangan fizikal pada bahagian alat kelamin atau kawasan sensitif badan yang lain, seperti melalui sentuhan atau pergerakan tertentu.

Segelintir individu sudah terjebak dengan perbuatan itu sehingga mengakibatkan ketagihan yang melampau.

Sedarkah anda onani itu boleh mengganggu mental dan mendatangkan kesan buruk pada badan anda?

Ini kerana apabila individu itu samaada lelaki mahupun wanita sudah mula mengalami ketagihan yang berpanjangan, ia berpotensi menyebabkan kemurungan dan suka menyendiri serta mengganggu aktiviti peribadi mereka.

Mereka yang sudah ketagih perlu sedar bahawa aktiviti itu boleh mendatangkan kesan pada jangka masa panjang.

Antara kesan buruk bagi mereka yang gemar beronani termasuk:

  1. Individu yang sering melakukan onani memerlukan stimulasi yang lebih tinggi untuk mencapai klimaks apabila bersama dengan pasangan mereka selepas berkahwin kerana mereka bergantung kepada onani sebagai sumber kepuasan.
  2. Rasa bersalah atau ketidakpuasan dalam diri berkait dengan ketagihan onani mungkin menyebabkan wanita mengalami gangguan imej diri atau kurangnya keyakinan diri.
  3. Kecederaan kepada alat sulit sekiranya dilakukan dengan kasar

Selalunya, mereka yang kuat beronani adalah kerana kurang aktif dalam bersukan dan sentiasa menggunakan imaginasi mereka untuk memuaskan nafsu secara individu.

Oleh itu, mereka disarankan untuk melakukan senaman agar dapat mencapai kecerdasan minda sekaligus dapat menfokuskan diri kepada sesuatu perkara yang baik dan menjauhkan diri dengan perkara buruk.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here