Home Buletin Semasa JIM KELANTAN TAHAN 56 PATI

JIM KELANTAN TAHAN 56 PATI

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

MACHANG: Seramai 56 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam Ops Mahir/Sapu/Dandan yang dijalankan di sekitar Bandar Kota Bharu dan Machang, pada jam 11.00 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri (Pengurusan), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, Nik Akhtrarulhaq Nik Abdul Rahman, berkata penahanan itu membabitkan 48 lelaki warga Bangladesh, 4 lelaki dan 3 wanita warga Indonesia, serta seorang lelaki warga Nepal berumur 23 hingga 50 tahun.

“Bertindak atas hasil risikan, dengan kekuatan 18 pegawai imigresen, pihaknya membuat pemeriksaan di sekitar bandar Kota Bharu iaitu di beberapa premis Kampung Kok Pasir, Kampung Tempoyak, Kampung Beting Lebar Kemumin Kota Bharu, Kelantan dan di Kampung Merbau Chondong dan Pulai Chondong Machang,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kesemua warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here