Home Buletin Semasa “TIADA ORANG TONTON WAYANG DALAM KEADAAN TERANG”

“TIADA ORANG TONTON WAYANG DALAM KEADAAN TERANG”

262
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penilitian semula untuk pembukaan pawagam di negeri yang menerima jolokan “Serambi Mekah” mencetus kebimbangan ramai terhadap kesan negatifnya pada budaya masyarakat di negeri ini..

Terdahulu, pimpinan kerajaan negeri sedang memperhalusi syarat yang sedia ada sebelum memutuskan permohonan pembukaan pawagam.

Menurut seorang pekerja swasta, Zamrina Min, 40 dari Bachok berkata, memang wajar perkara tersebut dikenakan syarat yang ketat kerana sudah menjadi satu trend apabila menonton panggung wayang bersama pasangan masing-masing.

“Jadi bagi mengelakkan perkara tersebut terjadi, lebih baik tidak ada panggung wayang di negeri ini, kerana apabila bercakap tentang hiburan, banyak lagi hiburan lain yang boleh kita nikmati selain pawagam.

“Memang tempat duduk lelaki dan perempuan boleh diasingkan, tetapi sebelum berlaku apa-apa perkara yang tidak dapat dikawal, lebih baik kita mengatasinya,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Nurul Afifah Adnan, 27 dari Kuala Lumpur, mengatakan tidak ada orang menonton panggung wayang dalam keadaan terang dan cerah kerana kebiasaannya dalam keadaan gelap sahaja.

“Namun, sekiranya itu adalah peraturan yang akan ditetapkan oleh kerajaan negeri, kita akur sahaja.

“Cuma bagi saya peraturan sebegitu hanya akan merugikan kerana kemungkinan panggung wayang itu juga tidak mendapat sambutan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat yang akan dikenakan untuk membuka pawagam di negeri ini berikutan ada permohonan daripada beberapa syarikat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here