PARIS: Imane Khelif, petinju Algeria yang mencetuskan pertikaian mengenai jantinanya ketika memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024, mengambil tindakan undang-undang terhadap lapiran media mengenai kebocoran maklumat rekod perubatan.
Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), semalam.
Laporan disiarkan di Perancis pada minggu ini mendakwa Khelif, 25, memiliki hormon XY, atau kromoson lelaki.
Kontroversi mengenai jantina itu berlaku di Paris 2024, Ogos lalu apabila Imane menewaskan Angela Carini dalam tempoh 46 saat pada perlawanan pembukaan, apabila petinju Itali itu menangis dan enggan terus bertarung selepas cedera teruk di hidung.
Ia menimbulkan ulasan daripada ahli politik serta personaliti termasuk Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni sehinggalah pengarang “Harry Potter”, JK Rowling.
“Kami difahamkan Imane Khelif mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengulas mengenai situasinya ketika Paris 2024 dan turut menyediakan sama sebagai reaksi kepada laporan terbaru,” kata IOC dalam kenyataan.
“IOC tidak akan mengulas lanjut apabila tindakan undang-undang diambil atau laporan media mengenai dokumen tidak sahih dan keasliannya tidak dapat disahkan.”
IOC berkata, Imane bertarung dalam kategori wanita di kejohanan antarabangsa sejak beberapa tahun lalu termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2021 serta kejuaraan dunia anjuran Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).
IOC berkata, pihaknya turut bersimpati dan sedih dengan penderaan yang dialami Imane Khelif ketika ini. – AFP, HMetro Online –
IMedikel TV






