Home Buletin Semasa TUISYEN RAKYAT BANTU PELAJAR SPM AGAR TIDAK KETINGGALAN

TUISYEN RAKYAT BANTU PELAJAR SPM AGAR TIDAK KETINGGALAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Program Tuisyen Rakyat subjek teras diperkenalkan sejak 8 Oktober lalu untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah dilantik untuk menjadi pemantau pelaksana bagi program tersebut.

“Pihak kami memilih tenaga pengajar tuisyen ini daripada penggubal dan pemeriksa kertas peperiksaan memandangkan mereka mempunyai banyak pengalaman terutama dalam matapelajaran teras tersebut.

“Tuisyen ini terbuka kepada guru itu sendiri samaada mereka ingin mengadakannya pada waktu malam atau hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan STPM 2023 Kerajaan Negeri Kelantan dan Sumbangan ke IPT 2024 Sumbangan Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) & Indah Water Konsortium (IWK), di Dewan Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini, pada Rabu.

Wan Roslan berkata, pihaknya bangga apabila melihat sambutan terhadap program ini amat memberangsangkan.

“Tuisyen ini sudah bermula sejak 18 Oktober lalu, dan akan berterusan hingga November depan memandangkan pelajar akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini,” katanya.

Tambahnya, beliau amat menitikberat pelajar yang lemah dan komited dalam membina kecemerlangan dengan melangkah ke belakang untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here