Home Buletin Semasa NETIZEN KECAM PELAJAR LEPASAN DIPLOMA “DEMAND” GAJI SEHINGGA RM5000

NETIZEN KECAM PELAJAR LEPASAN DIPLOMA “DEMAND” GAJI SEHINGGA RM5000

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Tular video di media sosial apabila ada segelintir pelajar lepasan Diploma menginginkan gaji yang tinggi selepas graduasi.

Dalam video berdurasi 1 minit 43 saat itu mereka berpendapat gaji yang harus diterima adalah dari RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.

Namun, pendapat mereka dikecam netizen kerana dianggap tidak berpijak di bumi yang nyata.

Ada netizen berpendapat tidak salah untuk berangan untuk mendapatkan gaji yang mereka idamkan.

Namun rata-rata menganggap supaya mereka perlu merasai dahulu pengalaman bekerja sebelum meminta gaji mengikut spesifikasi yang diinginkan.

Video itu mendapat sebanyak 2.5 juta tontonan dan 13,000 perkongsian serta 3,900 komentar.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here