Home Buletin Semasa PENJAWAT AWAM BIMBANG KENAIKAN GAJI PACU KENAIKAN KOS HIDUP

PENJAWAT AWAM BIMBANG KENAIKAN GAJI PACU KENAIKAN KOS HIDUP

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Kadar kenaikan gaji yang diumumkan dalam belanjawan 2025 dijangka memberi manfaat besar kepada pekerja dan meningkatkan kuasa beli pengguna.

Menurut seorang penjawat awam, Norhashima Hashim, 38 ketika ditemui berkata, bagaimanapun di sebalik berita baik itu, terselit kebimbangan bahawa kenaikan ini mungkin diikuti oleh peningkatan kos perbelanjaan harian lain, yang boleh memberi kesan kepada keluarga yang berpendapatan sederhana.

“Contohnya macam kos upah hantar anak ke tempat pengasuh mungkin juga meningkat seiring dengan kadar kenaikan gaji.

“Tetapi saya akui kenaikan gaji itu sangat bagus untuk pengguna,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Jelajah eKasih@Pasir Puteh, di Tok Bali, di sini, hari ini.

Norhashima berkata, dia yang juga tergolong dalam golongan M40 sering berhadapan dengan cabaran kos sara hidup.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700, berkuat kuasa 1 Februari 2025.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk menangguh kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan, iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Belanjawan 2025 terus merekod sejarah sebagai dokumen belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan kerajaan dengan nilai keseluruhan RM421 bilion.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here