Home Buletin Semasa NASUHA TERUJA DAPAT JAWAB UJIAN KEMASUKAN KE MRSM

NASUHA TERUJA DAPAT JAWAB UJIAN KEMASUKAN KE MRSM

187
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: “Rasa teruja tapi rasa takut pun ada,” itu kata Nur Nasuha Nusi, 12 yang tidak pernah menyangka hasratnya untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) tercapai semalam.

Nur Nasuha ketika dihubungi berkata, dia sangat berterima kasih terhadap semua pihak yang membantu mengubah nasib keluarganya terutama memberi peluang kepada dirinya untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MARA).

“Alhamdulillah, semalam saya dapat menjawab ujian di MRSM Kuala Krai dengan baik.

“Mula-mula sampai di sana, saya agak teruja melihat suasana dewan peperiksaan yang dipenuhi dengan ramai orang tetapi terdetik juga perasaan takut untuk menjawab soalan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pak Badol, di sini, hari ini.

Katanya, dia berharap dapat melanjutkan pendidikan tingkatan 1 di MRSM Pasir Tumboh memandangkan jaraknya lebih dekat berbanding MRSM lain.

“Saya akan belajar sungguh-sungguh dan ingin mengejar cita-cita untuk menjadi pensyarah dan akan bantu ubah nasib keluarga saya menjadi lebih baik,” katanya.

Ujar Nur Nasuha, nasib keluarganya kini menjadi lebih baik berbanding sebelum ini memandangkan banyak pihak datang membantu mereka sekeluarga selepas tular kisahnya di media sosial.

IMedikel TV sebelum ini melaporkan Nur Nasuha adalah seorang pelajar cemerlang yang tercicir daripada menduduki ujian kemasukan MRSM kerana kesusahan yang menimpa keluarganya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here