Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Dua lelaki ditahan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup beras dari Thailand ke pasaran tempatan, di Jalan Bukit Kowng, di sini, pada Isnin.
Lelaki berusia dalam lingkungan 35 dan 47 tahun itu ditahan sepasukan anggota Batalion (BN) 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Tenggara dalam Ops WAWASAN pada jam lebih kurang 3.00 petang.
Menurut ciapan Facebooknya, hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Wira mendapati lebih 500kilogram (kg) beras dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.
Anggaran nilai rampasan kenderaan bernilai RM9,000 manakala anggaran rampasan beras bernilai RM2,200.
Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Lubok Setol untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV






