Home Buletin Semasa PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI CAPAI TAHAP KPI – JULIANA

PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI CAPAI TAHAP KPI – JULIANA

241
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Program Jiwa Komuniti Madani yang dilaksanakan di seluruh negara mencapai tahap Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, Juliana Johan, pencapaian itu berdasarkan beberapa program yang sudah dijalankan pada tahun ini.

“Pada asasnya seluruh negeri mencapai KPI telah ditetapkan. Dan kita cuba buat yang terbaik untuk tahun depan (2025) dengan program yang lebih efektif lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas Program Jiwa Komuniti Madani DUN Kijang, DUN Chempaka, DUN Panchor, di sini, pada Sabtu.

Juliana berkata peranan Komuniti Madani adalah besar bagi membantu kerajaan khususnya melalui Jabatan Penerangan bagi menyampaikan maklumat,

“Bukan sahaja menyampaikan maklumat tetapi juga inisitiaf tentang apa yang dilaksanakan daripada peringkat akar umbi yang mana memainkan peranan untuk bekerjasama antara JaPen dan komuniti.

“Dalam masa yang sama Komuniti Madani membantu kita memahami atau menghayati prinsip di bawah Rukun Negara,”katanya.

Hadir sama Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here