Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra memilih bunga orkid secara peribadi untuk dipatenkan dengan namanya yang kini dikenali sebagai Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata bunga orkid itu dipilih oleh baginda setelah dipersembahkan kepada pihak istana negeri.

“Bunga itu itu tidak boleh didaftarkan sembarangan dengan nama baru.
“Warna bunga Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra adalah ungu, biru dan merah manggis (maroon) dengan bahagian bibir (labellum) berwarna putih,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pesta Flora Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 di Taman Perbandaran Tengku Anis di sini, pada Selasa.
Mohd Saripudin berkata, orkid itu merupakan bunga antarabangsa yang dihasilkan daripada kacukan Vandachostylis Prapawan sebagai induk betina dengan Vanda Ratchaburi Blue sebagai induk Jantan.

Katanya, kerajaan Kelantan dan Persatuan Hortikultur Diraja yang berpangkalan di United Kingdom secara rasmi mematenkan nama tersebut pada 4 Oktober lalu.
Terdahulu, Sultanah Kelantan Nur Diana Petra hadir merasmikan pesta flora tersebut serta melawat tapak hiasan bunga.
IMedikel TV






