Home Segmen Kesihatan BAU BADAN

BAU BADAN

111
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Bau badan adalah fenomena semula jadi yang dialami oleh setiap individu.

menurut portal myhealth peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau.

Adakah terdapat individu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

  • Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan
  • Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan

 Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi

Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?

  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan? Ini adalah di antara petua untuk mengurangkan bau badan termasuk:

  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

Untuk mengawal bau badan, kebersihan yang baik amat penting. Pemilihan pakaian yang seduai dan memastikan pakaian sentiasa bersih juga boleh mengurangkan bau badan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here