Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 100KG KARKAS BABI BERNILAI RM5,852

PGA RAMPAS 100KG KARKAS BABI BERNILAI RM5,852

161
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 100kilogram (kg) karkas babi bernilai kira-kira RM5,852 di sekatan pintas PGA Pos Mentua, di sini, pada Rabu.

Rampasan menerusi Op Taring Wawasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 9 PGA pada jam 5 pagi.

Dalam operasi itu PGA mendapati sebuah kereta jenis Toyota Hilux kelihatan mencurigakan semasa menjalankan tugas di sempadan negara jiran.

Dalam rampasan tersebut, PGA turut menahan dua suspek lelaki bangsa Cina berusia 33 dan 36 tahun yang dipercayai menjadi penghantar karkas babi ke pasaran tempatan tanpa dokumen yang sah.

Kesemua suspek dan barang rampasan itu diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan susulan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

Pada masa yang sama, PGA akan terus bergiat aktif dalam usaha mengekang kegiatan tersebut dari terus berleluasa dalam negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here