Tel Aviv: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran serangan berpandu Iran ke atas Israel sebagai satu kesilapan besar dan negara itu akan menerima padahnya.
Netanyahu berkata, Iran perlu membayar setiap kesilapan dilakukan mereka.
“Sesiapa yang menyerang kami, kami menyerang mereka,” katanya.
Dalam kenyataan berasingan, Menteri Pertahanan Yoav Gallant, yang berada di pusat arahan dan kawalan memantau pemintasan peluru berpandu Iran, turut berikrar untuk menghukum Iran atas serangan itu.
“Iran tidak belajar pelajaran mudah, mereka yang menyerang negara Israel, (jadi mereka perlu) membayar harga yang mahal,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya. – AFP, HMetro –
IMedikel TV






