Home Buletin Semasa KKM KUATKUASAKAN AKTA 852 BERMULA OKTOBER INI

KKM KUATKUASAKAN AKTA 852 BERMULA OKTOBER INI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuasakan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) bermula Oktober ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya kini sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang kini masih di fasa akhir.

”Kita masih lagi menkalankan penguatkuasaan  dengan akta ang sedia ada dan kita sedang menunggu pihak AGC  untuk  mendapatkan maklum balas berkaitan.

”Dan kita berharap dapat jawapan Oktober ini dan seterusnya kita boleh menguatkuasakan undang-undang tersebut,”katanya.

Beliau berkatya demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Medan Selera Laman Siti Khadijah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lukanisman memberitahu, penguatkuasaan larangan merokok di tempat larangan masih lagi berjalan tanpa henti dengan akta yang sedia ada.

Terdahulu, dalam lawatan beliau sebanyak 12 premis makanan menerima tanda pengiktirafan keselamatan dan kebersihan makanan.

Katanya sebanyak 12,022 operasi pematuhan kepada larangan merokok di tempat larangan telah dilaksanakan di seluruh negara sejak Januari hingga Ogos lalu.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 86,402 notis kesalahan di bawah Peraturan 11 (1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah dikeluarkan.

“Manakala sebanyak 35,996 notis kesalahan di bawah Peraturan 11 (1) (d), PPKHT 2004 turut dikeluarkan,”katanya.

Lukanisman berkata, sebanyak 8,762 aduan diterima berkaitan kesalahan merokok di premis makanan bagi tempoh lapan bulan pada tahun ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here