Home Buletin Semasa KELTRADE PROPERTIES, SUDARA BEACH RESORT JALANKAN CSR BERSIH PANTAI

KELTRADE PROPERTIES, SUDARA BEACH RESORT JALANKAN CSR BERSIH PANTAI

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

BACHOK: Syarikat hartanah Keltrade Properties bersama Sudara Beach Resort Bachok mengadakan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) membersihkan Pantai Melawi.

Ahli Lembaga Keltrade Properties Kelantan Fakhrurrazi Mustafa berkata program tersebut adalah usaha berdasarkan saranan kerajaan MADANI untuk setiap individu dalam kalangan warga negara menyemai dan menghidupkan semangat kebersamaan bukan hanya meletakkan sepenuh tangung jawab kepada pekerja kebersihan, malah perlu menjadi tanggung jawab setiap warga negara.

“Memandangkan Kelantan tidak ada jentera bersih pantai, jadi kita turun untuk sama-sama melaksanakan tanggung jawab menjaga kebersihan tidak mengira pangkat bagi membantu memelihara kebersihan di pantai peranginan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program CSR Gotong-royong Membersihkan Persisiran Pantai di Melawi, di sini, hari ini.

Jelasnya menerusi program tersebut, pihaknya mengutip sampah-sarap, sisa-sisa makanan dan minuman, barangan terbuang dan bahan hanyut sepanjang 1 kilometer di kawasan pesisir pantai.

“Gotong-royong ini melibatkan 50 tenaga dalam kalangan peguam dan pihak perbankan iaitu Maybank Berhad, CIMB Berhad, Bank MBSB dan Public Bank Berhad. Beliau berkata apabila kawasan pantai bersih, ia mampu menarik pelawat atau pengunjung yang datang berkelah, sekali gus dapat menggalakkan ekonomi dalam industri pelancongan.

“Aktiviti ini memberi inspirasi kepada semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam memelihara alam sekitar yang sihat dan bersih,” katanya.

Katanya sejak penubuhan syarikat berkenaan pada 2019, pihaknya sudah menjalankan beberapa CSR lain, antaranya bantuan 20 lablet pintar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pelajar asnaf cemerlang, bantuan beras kepada mangsa banjir Rantau Panjang awal tahun ini serta sumbangan pakaian sekolah kepada pelajar asnaf.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here