Home Sukan GUARDIOLA RASA ‘KASIHAN’ KEPADA ARSENAL TANPA ODEGAARD

GUARDIOLA RASA ‘KASIHAN’ KEPADA ARSENAL TANPA ODEGAARD

118
0

LONDON: Pep Guardiola mengaku beliau berasa “sangat kasihan” kepada Martin Odegaard yang terpaksa diketepikan untuk tempoh panjang.

Mikel Arteta mengesahkan awal minggu ini bahawa kecederaan buku lali kaptennya adalah serius dan dilaporkan akan menerima rawatan selama lapan minggu akan datang.

Walaupun Arteta mempunyai pilihan untuk menggantikan penyerang tengah itu, Arsenal kelihatan kekurangan kreativiti dalam dua perlawanan tanpa Odegaard setakat ini, iaitu kemenangan derby utara London dan keputusan seri 0-0 di Atalanta dalam Liga Juara-Juara.

Odegaard akan terlepas beberapa perlawanan penting termasuk ‘penentu gelaran awal’ esok di Manchester City dan pengurus mereka, Guardiola berkata, beliau merasa kecewa pasukannya tidak dapat berhadapan dengan pemain ‘luar biasa’ itu.

“Saya sangat kasihan untuknya. Saya suka bermain menentang skuad yang terbaik dan paling sukar.

“Odegaard ialah kapten Arsenal dan semua orang tahu dia pemain penting dan luar biasa.

“Sudah tentu, dia pemain penting, tetapi dari tahun ke tahun Arsenal menjadi lebih baik kerana mereka melabur banyak dalam skuad.

“Memiliki lebih banyak pemain dalam musim yang panjang ini adalah penting, terutama dengan masalah kecederaan, penggantungan, prestasi buruk, atau apa juga keadaan,” katanya.

Sementara Odegaard tidak dapat beraksi, Raheem Sterling akan membuat penampilan penuh bersama Arsenal menentang pasukan yang pernah memberikannya banyak kejayaan.

Penyerang England itu bekerja rapat dengan Guardiola dan Arteta di Etihad, membantu City meraih empat gelaran Liga Perdana, satu Piala FA, dan lima Piala Liga antara 2015 dan 2022. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here