Home Hiburan LUQMAN WASPADA ISU PENUNGGANG AGAMA

LUQMAN WASPADA ISU PENUNGGANG AGAMA

231
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Luqman Hafidz, 32, menjelaskan amat berhati-hati melakonkan watak seorang penunggang agama menerusi drama bersiri Satu Hari Nanti.

Luqman atau nama sebenarnya, Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi berkata, kesedaran masyarakat terhadap golongan penunggang agama sekarang sudah semakin meluas berbanding dahulu.

“Jadi, saya nak orang sedar isu apa yang boleh ditampilkan. Saya pun dulu belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan disana dulu pun ada isu-isu ektremis.

“Jadi saya buat yang terbaik. Cuma bahagian saya, bila menjayakan watak itu saya selalu ingatkan diri saya benda sensitif kita jangan sebut. Nanti takut orang kata saya gunakan isu sensitif pula. 

“Saya bersemuka dengan penerbit dan pengarah serta berbincang. Nak terlalu berlebih sentuh bab ini pun tak manis kerana akhirnya itu agama kita. Jadi kita kena jaga,” katanya. 

Menurutnya, dia juga tidak melakukan sebarang rujukan bagi melakonkan watak ini. 

“Saya nak sebut (rujukan) pun tak berani. Saya sekadar fahamkan naskhah itu sahaja. Untuk orang yang ambil kesempatan, ia bukan bab menggunakan agama sahaja. 

“Cuma untuk yang ini kita fokus dan berhati-hati. Ada babak-babak menggunakan teori-teori agama yang betul tapi watak itu dengan cara manipulasi orang supaya dengar cakapnya. 

“Bukannya guna teori agama. Ini kali pertama saya bawa watak penunggang agama kerana sebelumnya tak pernah lagi bawa watak begini,” katanya. 

Drama Satu Hari Nanti terbitan Mache All Star United ini akan ditayangkan menerusi platform penstriman digital iqiyi bermula 18 September ini, jam 9 malam.

Selain Luqman, drama arahan Pali Yahya ini turut membariskan Bella Astillah, Eyka Farhana, Shahidan Izwan, Fazlina Ahmad Daud, Ezaidi Aziz dan ramai lagi. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here