Home Sukan DESCHAMPS ADA ALASAN KETEPI PAVARD

DESCHAMPS ADA ALASAN KETEPI PAVARD

169
0

PARIS: Pengurus Perancis Didier Deschamps tampil menjelaskan keputusannya tidak menyenaraikan tonggak Inter Milan Benjamin Pavard daripada skuad untuk menghadapi aksi Liga Negara-Negara.

Bercakap ketika sidang media semalam, Deschamps memberikan alasan ketiadaan Pavard untuk perlawanan menentang Itali dan Belgium yang mencetuskan kemarahan penyokong negara itu.

Ia susulan prestasi cemerlang bekas pertahanan Bayern Munich berusia 28 tahun itu pada awal musim Serie A dan pada pandangan peminat, Pavard sepatutnya dipilih apatah lagi dengan kecederaan lewat Wesley Fofana.

Ketiadaan Fofana memaksa pengendali berusia 55 tahun itu melakukan pertukaran saat akhir ke atas skuadnya. Namun dia tetap enggan menyenaraikan Pavard sebaliknya memilih pemain Sevilla Loic Bade.

Walaupun Sevilla kurang menyerlah pada musim 2023/24 dan tampil hambar di La Liga pada permulaan musim baharu, Deschamps melihat Bade lebih sesuai berbanding Pavard.

Tindakan itu dianggap boleh memakan diri sendiri apabila Perancis menentang Itali yang pastinya mahu membalas dendam pada awal pagi Sabtu ini.

“Kenapa tak boleh saya pilih Loic Bade? Ia pilihan saya,” kata Deschamps ketika ditanya mengapa dia menyenaraikan pemain berusia 24 tahun itu berbanding tonggak Inter.

“Bagi Benjamin, saya fikir tidak konsisten memanggilnya selepas tidak menimbangkannya untuk kali pertama. Tetapi ia tidak mengubah posisi saya apabila senarai diumumkan. Saya fikir ini adalah masa untuk melihat seramai pemain yang boleh.”

Pavard kerap dilanda kecederaan pada musim pertamanya di Giuseppe Meazza selepas berpindah dari Bayern pada musim panas lalu.

Namun dia bangkit dengan cemerlang pada separuh kedua musim kempen 2023/24 dan sejak itu tampil sebagai tonggak skuad Simone Inzaghi. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here