Home Buletin Semasa PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF SK KAMPONG MELAYU KLUANG DIJANGKA SIAP NOVEMBER TAHUN...

PEMBINAAN SEMULA BANGUNAN DAIF SK KAMPONG MELAYU KLUANG DIJANGKA SIAP NOVEMBER TAHUN DEPAN

183
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

JOHOR: Projek pembinaan semula bangunan daif Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Melayu, Kluang dijangka siap sepenuhnya pada November tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata, projek tersebut melibatkan pembinaan kantin, bumbung laluan pejalan kaki dan pentas baharu.

“Terdapat juga kerja elektrikal dan mekanikal seperti pemasangan paip air sejuk dalaman, paip kumbahan, pengudaraan mekanikal dan sistem pemadaman kebakaran.

“Setakat ini, kemajuan fizikal projek pembinaan yang uzur dan daif ini adalah tiga peritus dimana kerja awalan yang telah siap seperti laluan keluar masuk, meroboh kantin dan bumbung pejalan kaki,” katanya.

Jelasnya, projek tersebut adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bernilai RM2.28 juta menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia bersama Jurutera Daerah JKR Kluang.

Beliau turut sempat turun padang meninjau kemajuan kerja pembinaan tersebut dalam usaha merealisasikan agenda utama Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya turut berharap pasukan pengurus projek dan pembinaan dapat mengekalkan momentum penyiapan projek ini dengan menepati mutu yang ditetapkan dari segi kualiti, kos dan masa,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here