Home Buletin Semasa ANGGOTA POLIS CEDERA DISERANG KETIKA CUBAAN MENAHAN SUSPEK

ANGGOTA POLIS CEDERA DISERANG KETIKA CUBAAN MENAHAN SUSPEK

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

KOTA BHARU: Seorang anggota polis cedera diserang menggunakan dua bilah gunting pokok ketika cubaan untuk menahan seorang suspek di Kampung Kijang, Badang disini, awal pagi kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby berkata, kejadian terbabit berlaku ketika sepasukan pihak polis membuat tangkapan ke atas suspek iaitu seorang lelaki berumur lingkungan awal 30-an berhubung satu kes perbuatan khianat.

Menurutnya kejadian itu berlaku dalam usaha anggota itu membuat tangkapan, namun suspek telah menyerang pihak polis dengan menggunakan senjata iaitu dua bilah gunting pokok, menyebabkan kedua-dua belah tangan salah seorang anggota cedera.

“Bagaimanapun, anggota polis kemudiannya mengarahkan suspek memberikan kerjasama dan menyerah diri, bagaimanapun suspek masih bertindak agresif dan terus menyerang pihak polis secara bertubi-tubi,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mohd Ali berkata demi mempertahankan diri dan keselamatan awam, pihaknya melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian paha kiri suspek.

Jelasnya suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bagi mendapatkan rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Katanya suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here