Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Semangat patriotism perlu diterapkan dalam kalangan anak-anak kecil khususnya untuk menguatkan semangat kemerdekaan.
Begitu juga apa yang dipamerkan oleh Muhammad Qais Azfar, 6 tahun.
Muhammad Qais tampak bersemangat mengibarkan bendera di Program Semarak Jiwa Merdeka, di perkarangan parkir AEON Mall, malam tadi.
Katanya dia sangat teruja menyanyikan lagu-lagu patriotik yang dimainkan walaupun dalam hujan.
Semangat yang ditonjolkan olehnya patut dibanggakan.
IMedikel TV






