Home Buletin Semasa JMKU CATAT JUALAN RM6.2 JUTA

JMKU CATAT JUALAN RM6.2 JUTA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) merekodkan jumlah jualah sebanyak RM6.2juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata pelaksanaan program JKMU itu memberi manfaat kepada 208,055 pengguna.

“Manfaat itu diberikan kepada pengguna melalui barangan keperluan asas yang dijual oleh 22 operator jualan yang dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Sehingga 24 Julau lalu sebanyak 63 program JMKU dilaksanakan dengan jumlah insentif yang telah diluluskan adalah sebanyak RM1.76juta,”katanya ketika Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara peringkat negeri Kelantan, di sini, pada Isnin.

Katanya penganjuran program itu melibatkan aktiviti seperti pameran oleh koperasi yang terpilih dalam pelbagai bidang perniagaan, pameran oleh agensi-agensi kerajaan, Seminar Pembangunan Perniagaan melalui jaringan kepelbagaian perniagaan koperasi dan JMKU dengan peruntukan subsidi sebanyak RM200,000 yang diadakan di beberapa daerah di negeri ini.

Kementerian Pembangunan Usahawan adan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus komited untuk membangun adan meningkatkan pencapaian koperasi ke tahap yang lebih tinggi.

Terdahulu, Ewon menyampaikan anugerah kepada Koperasi Keluarga Tok Nor Mekong Jusoh Machang Berhad bagi kategori Anugerah Koperasi Harapan serta menyerahkan masing-masing enam replika cek Bantuan Pembangunan SKM dan Pinjaman Tabung Modal Pusingan SKM berjumlah RM835,325 dan RM15.4 juta.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here