Home Segmen Kesihatan TANGANI EMOSI MARAH

TANGANI EMOSI MARAH

242
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Setiap individu mempunyai pelbagai emosi, sama ada gembira, suka, sedih atau marah.

Namun, emosi marah yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan diri.

Menurut portal myhealth, marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat negative.

Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.

Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal.

Apa yang berlaku apabila anda marah?

  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan bertenaga

Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda.

Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan seseorang berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.

Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Ini antara  punca kemarahan berlaku:

  • Dicederakan
  • Ditipu
  • Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
  • Terbiar tanpa diendahkan
  • Tidak boleh mengawal
  • Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

Apakah kesan marah kepada anda?

  • Bersifat negatif
  • Suka mengkritik
  • Bersifat mengejek/ Suka menyindir
  • Bersifat ganas
  •  

Tiga cara yang anda boleh lakukan ketika sedang marah iaitu:

  • Meluahkannya
  • Menahannya
  • Menenangkan diri

Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:

  • Ahli keluarga
  • Kawan
  • Guru
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here