Home Segmen Kesihatan TABIAT GIGIT KUKU

TABIAT GIGIT KUKU

275
0


Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Ramai dalam kalangan kita khususnya kanak-kanak mempunyai masalah atau tabiat menggigit
kuku.

Ibu bapa perlu bertegas kepada anak-anak mereka supaya mengjindarkan daripada tabiat tersebut
kerana boleh memudarkan kesihatan mereka.


Menurut ulasan yang diterbitkan dalam American Journal of Orthodontics and Dentofacial Orthopedics (AJODO),menggigit kuku boleh dikatakan tanda-tanda ketidak seimbangan emosi.

Manakala dalam istilah perubatan, menggigit kuku dikenali sebagai onycophagia. Pakar mendefinisikan onycophagia ini adalah sejenis isyarat bahawa anda berasa takut, letih atau tertekan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor bahaya apabila seseorang kerap menggigit kuku.

Antaranya adalah jangkitan pada kulit di sekliling kuku, kuku tumbuh ke dalam, keradangan, sakit perut, kerosakan gigi dan herpes tangan.

Istilah ‘herpes tangan’ ialah keadaan yang dipanggil herpetic whitlow, namun seseorang yang mempunyai gejala herpes mulut ia boleh menjangkiti jari mereka dengan virus dari rongga mulut.

Jangkitan akan menyebabkan gejala seperti rasa pedih yang menyakitkan di jari, demam, dan dalam seminggu jari akan dipenuhi kudis atau darah muncul dan menyakitkan.

Amalan menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan seperti:

  • Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD)
  • Gangguan kemurungan utama
  • Gangguan kompulsif obsesif (OCD)
  • Sindrom Tourette
  • Gangguan keresahan pemisahan

Bagaimanapun tidak semua yang memiliki gangguan-gangguan ini akan menggigit kuku mereka, dan mereka yang menggigit kuku tidak semestinya memiliki masalah berkaitan gangguan mental.

Selain kesakitan pada kuku dan kulit di sekitarnya, keburukan menggigit kuku boleh merangkumi:

Pastikan kuku sentiasa pendek bagi mengelakkan tabiat menggigit kuku berpanjangan.

Imedikel TV



LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here