Home Sukan PENALTI HENTIKAN AKSI DJOKOVIC DI WIMBLEDON

PENALTI HENTIKAN AKSI DJOKOVIC DI WIMBLEDON

234
0

LONDON: Perlawanan tenis Wimbledon antara Novak Djokovic dan Alexei Popyrin terhenti seketika apabila peminat England meraikan kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Switzerland pada suku akhir bola sepak Euro 2024 awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Three Lions menempah tiket ke separuh akhir Euro 2024 selepas terpaksa bertarung hingga ke penentuan penalti, susulan keputusan seri 1-1 selepas 120 minit di Duesseldorf.

Ketika pemain England mengambil sepakan penalti mereka di Jerman, peminat yang berada di Wimbledon jelas menyaksikan keadaan genting itu apabila mereka meraikannya dengan sorakan gembira.

Rakaman di laman X menunjukkan Popyrin sedang mahu melakukan servisnya dan Djokovic sedia untuk membalas sebelum kedua-dua pemain terpaksa menghentikan perlawanan ketika sorakan dan tepukan bergema di gelanggang utama.

Pemain nombor dua dunia itu kemudiannya menghayunkan kaki kirinya seolah-olah menyepak bola sepakan penalti di depan penonton di SW19.

Djokovic mahupun Popyrin bagaimanapun tidak begitu peduli dengan minat penonton terhadap perlawanan England, apabila mereka meneruskan perlawanan seperti biasa sejurus selepas itu.

Bercakap ketika temu bual di gelanggang selepas menundukkan Popyrin 4-6, 6-3, 6-4, 7-6, Djokovic berkata: “Saya faham pada pertengahan set pertama penonton benar-benar mahu mendapat tahu mengenai keputusannya!”

Djokovic kemudian ditanya sekiranya England menang dan penonton berteriak sebelum dia menambah: “Itulah sebabnya anda tidak berganjak.

“Tahniah kepada England. Saya cuba untuk melakukan sepakan penalti, saya gunakan kaki kiri tetapi Alexei menyelamatkannya.”

Wimbledon bukan satu-satunya acara sukan yang terjejas kerana England meraikan kejayaan itu, apabila aksi pertemuan kriket antara India dan Pakistan turut terhenti seketika.

Di Edgbaston, peminat dilihat memenuhi ruang legar dan menyaksikan kemenangan penalti dramatik itu bukannya menonton kriket. – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here