Home Sukan ‘KAMI TINGGALKAN EURO 2024 DENGAN BERMARUAH’

‘KAMI TINGGALKAN EURO 2024 DENGAN BERMARUAH’

232
0

GENEVA: Ratusan penyokong Switzerland yang meredah hujan untuk menyaksikan pasukan mereka di skrin gergasi berdepan detik mengecewakan apabila tewas kepada England, namun bangga dengan persembahan Switzerland dalam kejohanan itu.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Switzerland yang berharap untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam kejohanan besar mendahului pada minit ke-75 menerusi jaringan Breel Embolo.

Jaringan penyamaan Bukayo Saka lima minit kemudian merencatkan suasana meriah di Plainpalais, Geneva, tetapi penyokong Switzerland tidak berganjak menonton perlawanan hingga ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti walaupun hujan.

“Mereka membuat kami bertahan hingga ke penghujung, ia luar biasa. Begitulah kenangan tercipta dan itulah yang indah,” kata peminat, Abigaelle Perrin dalam keadaan basah selepas kemenangan 5-3 England dalam penentuan sepakan penalti.

Selepas berdepan detik sukar dalam kempen kelayakan Euro 2024, Switzerland mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan utama keenam berturut-turut dan menyingkirkan Itali pada pusingan 16 terakhir sebelum pertemuan dengan England.

“Memang sukar diterima kami tidak menang,” kata Alejandro yang tinggal di Geneva. “England bermain dengan teruk dan beraksi teruk sepanjang kejohanan. Switzerland sepatutnya menang.”

Seorang lagi peminat, Safwan Abdirahman, 18, berkata kejohanan itu membantu penduduk Switzerland bersatu dalam satu matlamat yang sama. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here