Pegawai terbabit bertindak menahan mangsa kerana memandu secara melulu.
Menurut the Straits Times, peguam keluarga Nichols, Ben Crump, berkata polis memukulnya sehingga tidak dapat dicam. Jabatan polis Memphis memecat kesemua lima pegawai selepas siasatan dalaman mendapati kesemua mereka melanggar pelbagai dasar jabatan, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan, campur tangan dan kegagalan memberi bantuan.
Nichols dibawa ke hospital selepas dipukul hingga parah dan meninggal dunia pada 10 januari.
“Pegawai terbabit didapati bertanggungjawab secara langsung terhadap penderaan fizikal Nichols.
“Ia bukan saja kegagalan profesional. ia juga kegagalan asas kemanusiaan terhadap individu lain.
“Insiden ini adalah keji, melulu dan tidak berperikemanusiaan,” kata Ketua polis Memphis ketika diminta mengulas mengenai insiden itu.
Pegawai berkata video mengenai pukulan itu wujud dan akan dikeluarkan selepas jam 6 petang pada jumaat.
Peguam keluarga yang menonton klip video berkata mereka melihat sendiri bagaimana mangsa maut di tangan polis memphis.
Katanya, pukulan terhadap Nichols menunjukkan keperluan terdesak untuk perubahan dan pembaharuan untuk memastikan keganasan seperti itu dihentikan.
Lima pegawai yang ditahan adalah Tadarrius Bean, Demetrius Haley, Justin Smith, Desmond Mills Jr, dan Rmmitt Martin III.
Mereka juga didakwa dengan serangan dan penculikan yang teruk.
Sumber: BH Online & AFP
– Imedikel TV






