Home Buletin Semasa BSK KOMITED KUATKUASA PERINTAH NAFKAH ANAK

BSK KOMITED KUATKUASA PERINTAH NAFKAH ANAK

215
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Tindakan culas seorang bapa dalam menjelaskan nafkah ke atas anak boleh diusulkan oleh bekas isteri kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) selepas perceraian.

Penolong Pengarah Kanan BSK, Wan Adam Albaqir Mohd Nordin berkata, bekas isteri perlu mengemukakan bukti bahawa tiada sebarang transaksi wang berlaku selepas perintah nafkah ditetapkan.

“Apa yang berlaku sekarang ini, ramai bapa yang mengabaikan perintah nafkah ke atas anak setelah bercerai dengan isteri, namun ramai juga bekas isteri yang tidak melaporkan kes ini ke pihak BSK.

“Sekiranya bekas isteri mengusulkan kes ke mahkamah, jumlah yang sudah ditetapkan akan bertambah kerana terdapat tunggakan, jadi pada masa sama ianya akan menjadi lebih terbeban,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Karnival Kita MADANI, di Dataran Kesedar, di sini, hari ini.

Wan Adam berkata, BSK komited sebagai agensi utama dalam memberi kesedaran tentang hak dan tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan.

“Kita akan terus membantu isteri, bekas isteri dan anak untuk menguatkuasa dan melaksanakan perintah nafkah dan mut’ah yang tidak dipenuhi.

“Dalam kes ini, saya juga ingin tegaskan sekiranya bapa memberi nafkah anak secara tunai, bekas isteri perlu menyimpan bukti tidak kira dengan apa jua cara sekalipun sama ada perlu merekod pemberian tersebut,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here