HAMBURG: Pengendali Turkiye, Vincenzo Montella menyifatkan skuad kendaliannya sudah ‘menutup mulut’ pengkritik terhadap prestasi mereka di Euro 2024.
Turkiye melangkah mara ke pusingan 16 terbaik – pencapaian terbaik mereka sejak kali terakhir berada di separuh akhir Euro 2008 – selepas menewaskan Republik Czech 2-1, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Montella meraih kemenangan dalam satu perlawanan sengit yang menyaksikan Republik Czech beraksi dengan 10 pemain.
“Kami sentiasa fokus dan berusaha gigih, kami berhak untuk kelayakan ini,” kata Montella.
“Kami menerima beberapa kritikan yang tidak sepatutnya dan kami berjaya mengatasinya.
“Saya biasa dengan tekanan, saya tidak kisah tetapi saya tidak gemar apabila tekanan itu diletakkan di bahu pemain.”
Turkiye dijadual bertemu Austria di Leipzig pada Rabu ini bagi memburu tempat ke suku akhir.
Skuad ‘The Crescent Stars’ berjaya melangkah ke separuh akhir selepas melangkah keluar dari saingan kalah mati dalam kejohanan utama, salah satunya selepas berada di kedudukan ketiga di Piala Dunia 2002.
“Sekarang kami mempunyai sasaran baharu,” kata Montella. “Malam ini, kami hanya mahu meraikannya, kami berhak, satu pengorbanan yang besar.
“Namun bermula esok, kami mahu terus berusaha mencipta sejarah.” – AFP,BH Online –
Imedikel TV






