Home Buletin Semasa PENANTIAN 7 TAHUN TERJAWAB APABILA TERPILIH DALAM PROGRAM HLH 2024

PENANTIAN 7 TAHUN TERJAWAB APABILA TERPILIH DALAM PROGRAM HLH 2024

187
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Penantian selama tujuh tahun untuk menjalani pembedahan jantung akhirnya terjawab apabila, adik Siti Nur Dayana Othman, 7, terpilih dalam Program Kebajikan Kardiotorasik, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) – Healing Little Heart (HLH) 2024.

Bapanya, Othman Zakaria, 48, dari Besut bersyukur kerana anaknya terpilih dalam program tersebut.

masalah lain,”katanya.

“Saya bersyukur kerana dah tunggu lama sejak 7 tahun lalu untuk melakukan pembedahan  ini daripada anak saya lahir, sekarang baru boleh menjalani pembedahan.

“Sejak lahir anak saya mempunyai masalah jantung iaitu jantung berlubang, saluran sempit dan beberapa

Menurutnya disebabkan masalah tersebut sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran anak bongsu daripada tiga beradik itu di sekolah.

Menurut Othman, Dayana bersekolah di Sekolah Kebangsaan Datuk Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu.

Othman yang bekerja sebagai pemandu van dan berpendapatan tidak menentu berkata, penangguhan pembedahan itu berlaku kerana beberapa masalah yang dihadapi antaranya faktor kewangan dan pandemik COVID-19.

“Kalau boleh nak dis sihat, sekarang ni pun kalau dia hadir ke sekolah, kadang-kadang jam 10 pagi cikgu hubungi saya untuk ambil Dayana.

“Ini disebabkan kuku tangan, kaki dan bibir menjadi kebiruan. Dia aktif di sekolah tetapi disebabkan faktor kesihatan dia tak boleh nak aktif,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here