Home Sukan PALACE BELASAH MAN UNITED 4-0

PALACE BELASAH MAN UNITED 4-0

184
0

LONDON: Michael Olise meledak dua gol untuk Crystal Palace melengkapkan dua kemenangan liga ke atas Manchester United buat pertama kali dalam sejarah selepas menewaskan anak buah Erik ten Hag 4-0 di Selhurst Park.

Perubahan benteng United yang meletakkan Casemiro di bahagian tengah begitu mudah dirobek Palace dengan Jean-Philippe Mateta dan Tyrick Mitchell turut menemui sasaran.

United kekal di tangga kelapan dengan 54 mata daripada 35 perlawanan, dua mata di belakang Newcastle yang berada di tangga keenam, dan harapan untuk bola sepak Eropah semakin pudar.

Palace masih di tangga ke-14 dengan 43 mata daripada 36 perlawanan.

United turun tanpa beberapa tonggak utama akibat kecederaan termasuk Bruno Fernandes, yang terlepas perlawanan buat pertama kali dalam 230 perlawanan sepanjang kariernya di Old Trafford kerana kecederaan.

Buat pertama kali juga dalam era Liga Perdana Inggeris, United tewas 13 kali dalam satu musim.

Palace mendahului permainan pada minit ke-12 menerusi Olise.

Sebelum rehat, Mateta mudah melepasi pertahanan United untuk gol kesembilannya dalam 11 perlawanan sejak ketibaan pengendali baharu, Oliver Glasner pada Februari.

Penyerang itu sudah meledak 11 gol dalam 80 perlawanan untuk Palace sebelum itu.

Kelemahan benteng United semakin ketara apabila Mitchell mudah menolak masuk gol ketiga Palace akibat kesilapan Diogo Dalot.

Gol kedua Olise dan keempat Palace menambah derita United yang kini kekal di bawah Chelsea berdasarkan perbezaan jaringan. – REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here