Home Buletin Semasa TAHAP KESEDARAN ORANG RAMAI TENTANG LEPTOSPIROSIS

TAHAP KESEDARAN ORANG RAMAI TENTANG LEPTOSPIROSIS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ramai yang masih keliru dengan penyakit Leptospirosis atau lebih dikenali sebagai kencing tikus.

Kencing tikus sering dikaitkan dengan penyakit bawaan tikus, namun pada dasarnya penyakit tersebut juga boleh dikaitkan dengan penyakit bawaan haiwan yang berlaku akibat jangkitan bakteria spirochete iaitu spesies leptospira interrogans termasuk tupai, tikus belanda, arnab, guinea pig, anjing, babi, kucing dan lembu.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman, masih ada dalam kalangan masyarakat masih keliru dengan penyakit kencing tikus.

“Kita tengok tadi misalnya Leptospirosis ada yang tak pernah dengar sebelum ni walaupun mereka tahu kencing tikus tetapi adanya salah faham, adakah penyakit kencing tikus boleh berjangkit antara saya dengan puan misalnya, tetapi sebenarnya tidak.

“Dan bagaimana kita menjaga, kita bercakap berkaitan kesihatan masyarakat ini adalah suatu yang penting sebab dia mencegah. Jadi pasukan kesihatan masyarkat ini memastikan pengetahuan, perbuatan dan Latihan itu betul. Jadi tahap kesedaran sudah meningkat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor&perkongsian Ilmu, Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP, di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu membabitkan tiga pelantikan professor iaitu Profesor Dr. Aziah Daud, Profesor Dr. Kamarul Imran Musa dan Profesor Dr. Mohamed Rusli Abdullah.

Dalam pada itu, menurut salah seorang professor dalam syarahan umum tersebut, Profesor Dr. Aziah Daud, berkata bakteria tersebut terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit dan manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan atau tanah lembab yang dicemari air kencing haiwan yang mengandungi bakteria leptospira itu.

Dalam syarahannya, Profesor dr. Aziah berkata bakteria leptospira boleh memasuki tubuh manusia melalui luka dan kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapodan dalam mulut.

Katanya, mereka yang dijangkiti penyakit kencing tikus akan menunjukkan gejala seperti demam tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, cirit-birit, keletihan, sakit perut, muntah, demam kuning dan ruam di kulit.

Tambahnya, semua itu adalah gejala yang berlaku Ketika fasa satu jangkitan.

Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, pesakit akan mula menunjukkan gejala fasa dua seperti kegagalan fungsi hati dan ginjal, meningitis,sindrom weil, disseminated intravascular coagulopathy (DIS), kegalan pelbagai fungi organ, pendarahan paru-paru yang teruk dan sepsis.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here