Home Buletin Semasa 10 MAUT DALAM INSIDEN DUA HELIKOPTER TLDM

10 MAUT DALAM INSIDEN DUA HELIKOPTER TLDM

KUALA LUMPUR: 10 terkorban membabitkan dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90, di Pangkalan TLDM, kira-kira jam 9.32 pagi tadi.

Menurut kenyataan media, kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

TLDM mengesahkaan sebuah helikopter Operasi Maritim (HOM-AW 139) TLDM dan helikopter FENNEC TLDM.

Insiden tersebut membabitkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh  kru HOM TLDM dan tiga kru FENNERC TLDM.

Menurut sumber Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga  sensitiviti keluarga dan prose penyiasatan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here