Home Buletin Semasa CUACA PANAS BUKAN PENGHALANG PROGRAM LARIAN LEBARAN

CUACA PANAS BUKAN PENGHALANG PROGRAM LARIAN LEBARAN

129
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Cuaca panas di negeri ini tidak menjadi penghalang serta masalah bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan untuk mengadakan Program Larian Lebaran dan Gateh Lebaran 2024 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei depan.

Pengarahnya, Mohd Saipuddin Zakaria, berkata kedua-dua acara itu bermula seawal jam 7.30 pagi di AEON MALL Lembah Sireh, di sini.

“Memandangkan program kita ini dilaksanakan pada awal pagi, saya tidak menjangkakan jam 7.30 sudah panas, kita boleh laksanakan program itu khususnya program gatih dan larian maknanya kita buat awal pagi dan buat pelepasan jadi tak ada masalah dari segi cuaca,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Program Karnival Lebaran 2024 di Kompleks Belia dan Sukan di sini, semalam.

Program itu adalah kerjasama JBSN Kelantan bersama IMedikel Pharma Holdings Berhad (IMPHB) dan AEON Credit Service.

Jelas Saipuddin, sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung cuaca, segala persiapan sudah dibuat termasuk bantuan kecemasan membabitkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Target untuk larian ini adalah 1000 orang dan untuk berbasikal dan sekurang-kurangnya 200 peserta.

“Pengisian lain termasuk mengadakan program CSR dan kita ada pertandingan masakan, pertandingan gubahan kek, motor gathering, kempen derma darah dan pesta pantun,” katanya.

Program tersebut bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Zamakhsari Muhamad.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here