Home Segmen Kesihatan BILA WAKTU YANG SESUAI MINUM MINYAK KELAPA DARA?

BILA WAKTU YANG SESUAI MINUM MINYAK KELAPA DARA?

430
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Minyak kelapa dara sudah digunakan dalam bidang kesihatan dan kecantikan sejak turun temurun lagi.

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VC) adalah minyak kelapa yang dihasilkan dengan bahan kelapa segar. Ia telah melalui proses penyulingan dan tidak menggunakan haba.

Ia adalah salah satu minyak yang paling sihat dan mempunyai khasiat yang pelbagai.

Ramai yang mengamalkannya untuk kekal sihat serta tujuan menurunkan berat badan.

Namun persoalannya bilakah waktu yang sesuai minum minyak kelapa dara?

Mengikut kajian, minyak kelapa dara amat bagus diambil pada waktu pagi dan digalakkan untuk mengambilnya dalam kuantiti 15ml setiap pagi sebelum sarapan.

Pengambilannya secara mentah itu lebih sihat, namun tidak dinafikan ramai juga yang menggunakannya di dalam masakan.

Walau bagaimanapun, minyak ini tidak sesuai untuk tujuan menggoreng. Namun, sekiranya ia dimasak bersama sayur-sayuran, minyak kelapa dara boleh menyerlahkan lagi rasa masakan.

Selain itu, ada banyak kebaikan minyak kelapa dara terhadap kesihatan kita, antaranya ialah khasiat yang penuh dengan antioksidan.

Ia dapat membantu melindungi badan daripada radikel bebas yang menjadi molekul dan merosakkan sel badan dan mendatangkan penyakit.

Di samping itu, minyak kelapa dara juga mempunyai bahan yang dapat merendahkan tekanan darah dan mencegah aterosklerosis.

Orang yang mengamalkannya mempunyai risiko sakit jantung 9% berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

Akhir sekali, minyak kelapa dara didapati dapat meningkatkan keberkesanan insulin dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.

Malah, khasiatnya juga akan bertambah jika pesakit menggabungkan minyak kelapa dara dengan diet Mediterranean.

Satu kajian menunjukkan individu yang mengalamalkan diet ini mempunyai pengurangan risiko sebanyak 50%.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here