Home Buletin Semasa IMEDIKEL AGIH 93 PEK BARANGAN KESIHATAN SECARA PERCUMA

IMEDIKEL AGIH 93 PEK BARANGAN KESIHATAN SECARA PERCUMA

174
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Inisiatif Imedikel Pharma Holdings Berhad (IMPHB) menyediakan sebanyak 93 sumbangan berbentuk barangan kesihatan secara percuma dapat dinikmati orang awam apabila ia diagihkan di perkarangan Wisma IMedikel, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azman Abdul Jalil, berkata pihaknya memilih untuk mengagihkan 93 pek secara pandu lalu melalui program Semarak Kasih Ramadhan sempena bermulanya penubuhan IMedikel pada tahun 1993.

“Tujuan kita beri sumbangan ini supaya orang awam yang lalu lalang dapat menikmati sumbangan ini.

“Imedikel ini unik kerana ia terlibat dalam bidang kesihatan, kita menjadi pengeluar bidang kesihatan, peruncitan dan mengedar barangan kesihatan, jadi sumbangan kita sekarang juga tumpu kepada barangan kesihatan seperti susu kolostrum, ubat-ubatan, supplement dan air alkaline,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan barangan kesihatan di Wisma IMedikel, di sini, semalam.

Jelas Azman, pihaknya mengambil kesempatan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai produk kesihatan itu memandangkan ada yang tidak mampu untuk membelinya.

“Produk kesihatan ini memang mahal sebab dirumuskan dengan formula yang bermutu tinggi jadi kita tidak dapat mengurangkannya, jadi pada bulan Ramadhan ini kita mengambil kesempatan untuk memberi mereka rasa produk-produk yang kita jual,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here