Home Sukan ENDRICK BANTU BRAZIL ATASI ENGLAND

ENDRICK BANTU BRAZIL ATASI ENGLAND

150
0

LONDON: Skuad Brazil yang dibelenggu kecederaan, menewaskan England 1-0 pada perlawanan pertama di bawah pengendali baharu, Dorival Junior.

Pemain gantian berusia 17 tahun, Endrick meledak gol tunggal permainan di Wembley pada minit ke-80.

Endrick, yang akan menyertai Real Madrid dari Palmeiras pada Julai, mudah menolak masuk bola ke dalam gawang tuan rumah selepas penjaga gol England, Jordan Pickford menepis percubaan Vinicius Jr ke arahnya.

Brazil, yang bergelut dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan menurunkan lima muka baharu dalam kesebelasan utamanya, mempunyai peluang membuka jaringan pada minit ke-35 menerusi Lucas Paqueta.

England, yang juga turun tanpa beberapa tonggak utamanya termasuk kapten Harry Kane, tidak banyak menguji Bento yang tampil buat pertama kali di gawang Brazil.

England akan meneruskan persiapan untuk Euro 2024 pada Selasa apabila melayan kunjungan Belgium dalam satu lagi aksi persahabatan di Wembley, manakala Brazil akan berdepan Sepanyol di Madrid pada hari sama. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here