Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Cuaca panas dengan suhu maksimum 32°C di negeri ini, lebih-lebih lagi pada bulan puasa membimbangkan terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas.
Dengan itu, anda dinasihatkan untuk minum air secukupnya ketika berbuka puasa dan bersahur bagi mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan.
Elakkan melakukan aktiviti di luar rumah termasuk berbasikal dan bersenam.
Jika perlu, anda tidak digalakkan untuk mengambil minuman yang berkafien dan bergula.
Semasa di rumah atau di pejabat, anda perlu menyejukkan badan menggunakan pendingin hawa atau kipas.
Anda juga digalakkan memakai pakaian yang ringan dan longgar dan memakai pakaian yang berwarna terang.
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang berada di luar bangunan, perlu menggunakan topi atau payung untuk melindungi diri dari pancaran haba matahari.
IMEDIKEL TV






