Oleh: Nur Athirah Azman, IMedikel TV
Buah kurma adalah sinonim apabila tibanya bulan Ramadhan.
Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma tidak hanya sunnah untuk dimakan ketika waktu berbuka, malah ia juga sesuai untuk dimakan pada ketika sahur.
Kebiasannya ramai keluarga membeli stok buah kurma berkotak-kotak sebagai bekalan Ramadhan.
Memandangkan, kita hanya dapat makan dan minum pada waktu sahur dan berbuka sahaja, jadi penting untuk kita mengamalkan makanan sihat supaya dapat menambah tenaga ketika seharian berpuasa.
Jadi, tahukah kita sebenarnya kurma merupakan buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan membawa banyak manfaat kepada tubuh badan kita?
Hal ini kerana, ia mempunyai kandungan serat yang tinggi yang boleh membuatkan seseorang kenyang dalam tempoh masa lama sekaligus melancarkan proses pencernaan.
- Membekalkan sumber tenaga: tenaga diperlukan untuk melakukan rutin harian, jadi orang ramai perlu mengamalkannya kerana buah itu mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang cukup sebagai sumber tenaga tubuh badan.
- Melancarkan sistem pencernaan: kandungan serat yang tinggi pada buah kurma dapat membantu melancarkan pergerakan usus besar dan sembelit apabila seseorang makan bermacam-macam ketika berbuka puasa.
- Mengurangkan haus dan lapar: kandungan mineral dalam kurma yang tinggi boleh mengurangkan rasa dahaga dan kandungan glukosa akan menyebabkan kurangnya rasa lapar, jadi disarankan untuk memakan tiga biji buah kurma seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
- Antioksidan yang tinggi: antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik dan juga vitamin A yang ada dalam buah kurma mampu untuk menyahaktifkan radikal bebas ini dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya dan mengurangkan risiko terkena sebarang penyakit.
- Meningkatkan kesihatan otak: makanan yang dicampur dengan kurma memiliki memori dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik kerana ia dapat membantu menurunkan infeksi dan mencegah pembentukan plak otak yang penting bagi mencegah penyakit Alzheimer.
Ada juga yang menjadikan buah kurma sebagai pemanis mulut semula jadi kerana ia tidak mempunyai sebarang gula tambahan.
IMedikel TV






