Home Segmen Kesihatan BERTUDUNG BUKAN ALASAN TIDAK BOLEH JAGA RAMBUT

BERTUDUNG BUKAN ALASAN TIDAK BOLEH JAGA RAMBUT

157
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Bagi wanita yang bertudung, mereka juga perlu menjaga mahkota mereka untuk lebih cantik dan sihat.

Ramai wanita bertudung mempunyai masalah rambut termasuk keguguran dan bau hapak akibat “berkurung” di dalam tudung.

Setiap jenis rambut mempunyai cara penjagaannya yang tersendiri, sekiranya seorang itu bertudung, ia pasti lebih sukar untuk mendapatkan rambut yang sihat namun ada cara yang mudah untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Jadi, bagaimanakah caranya?

  1. Cuci rambut: cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Elakkan mencuci setiap hari kerana rambut yang basah hanya akan membuat risiko keguguran menjadi lebih tinggi.
  2. Sikat rambut: rambut perlu disikat sebelum dicuci agar tidak kusut kerana khuatiri semakin gugur apabila sikat ketika basah.
  3. Elak cuci rambut dengan air panas: perbuatan mencuci rambut dengan air panas hanya akan menyebabkan tekstur rambut menjadi lebih kasar, kering dan menggerbang. Sebaiknya, guna air bersuhu sederhana atau sejuk untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
  4. Belai rambut dengan serum atau tonik: sebelum tidur, disarankan untuk belai rambut menggunakan serum atau tonik untuk membantu rambut dan kulit kepala menyerap nutrien.
  5. Jaga pemakanan: pelbagai makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika dan lain-lain boleh diamalkan bagi memberikan nutrient yang mencukupi pada rambut.
  6. Jangan sanggul rambut basah:pastikan rambut sudah kering sebelum bersanggul dan bertudung bagi mengelakkan masalah kelemumur selain menjadi kusut dan membuat hujung rambut berbuah atau bercabang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here