Home Segmen Kesihatan MASIH RAMAI BELUM SEDAR PUNCA TERJADI ANXIETY

MASIH RAMAI BELUM SEDAR PUNCA TERJADI ANXIETY

345
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Hampir setiap individu mengalami kebimbangan semula jadi atau anxiety disorder dalam kehidupan mereka.

Rasa kebimbangan tersebut biasanya akan hilang begitu sahaja, tetapi jika mereka yang mempunyai masalah anxiety disorder mereka akan berasa gelisah, menggeletar sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

Namun bukan semua orang sedar ada kalanya mereka mengalami serangan anxiety atau kegelisahan secara tiba-tiba.

Anxiety pada paras normal masih boleh mengawal kebimbangan akan tetapi apabila berlaku dengan teruk secara berterusan, ia akan mengganggu kehidupan seharian seseorang.

Ia juga sebahagian daripada penyakit kesihatan mental yang memberi tindak balas pada badan terhadap keadaan sekeliling yang mengancam dan menakutkan.

Serangannya adalah disebabkan oleh kebimbangan sosial sehingga menyebabkan individu itu mengalami simptom seperti sakit pada bahagian dada, menggeletar, menggigil, kesukaran bernafas, berpeluh, jantung berdegup kencang kemudian menjejaskan cara pemikiran dan tindakan.

Oleh sebab itu, penting bagi seseorang untuk mengambil tahu punca yang mendorong ke arah anxiety disorder, antaranya ialah:

  • Pemakanan dan pengambilan kafein yang berterusan boleh meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, yang kemudiannya mendatangkan gelisah pada diri.
  • Persekitaran toksik dan kurangnya sokongan sosial atau berasa terpinggir adalah suautu keadaan tidak sihat.
  • Fizikal seseorang yang bermasalah menimbulkan kebimbangan pada kesihatan kerana ia berkait rapat dengan kesihatan mental.
  • Tekanan terhadap masalah kewangan sering kali berlaku dan seseorang perlu tahu cara menguruskannya dengan betul.
  • Penggunaan bahan kimia termasuk alkohol dan ubat-ubatan seperti pil diet yang mengandungi kafein juga boleh meningkatkan kebimbangan.
  • Pengalaman trauma seperti kemalangan, peperangan, atau menjadi mangsa jenayah boleh meninggalkan kesan mendalam dan mencetuskan gangguan kegelisahan yang agak kuat.
  • Sejarah keluarga yang mempunyai gangguan kebimbangan, kecenderungan genetik, atau ketidakseimbangan kimia dalam otak boleh menjadi faktor risikonya.

Oleh sebab itu, pemahaman dan ilmu pengetahuan sangat penting untuk mencegah dan mengendalikannya dengan baik.

Sekiranya masalah kebimbangan ini berterusan, segeralah mendapatkan rawatan sebelum ianya menjadi semakin teruk.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here