Home Segmen Kesihatan PUNCA SEBENAR RAMBUT NAIK KELEMUMUR

PUNCA SEBENAR RAMBUT NAIK KELEMUMUR

225
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Kelemumur adalah sejenis penyakit kulit kepala kronik.

Ia berlaku apabila kulit kepala terlalu kering atau berminyak, mengakibatkan penghasilan kulit mati terlalu banyak.

Sama seperti kulit di kawasan lain, kulit kepala anda melalui proses berterusan untuk sel-sel kulit tumbuh dan tanggal.

Minyak yang dihasilkan oleh kulit kepala menyebabkan sel-sel mati melekat bersama, membentuk kepingan putih.

Keadaan ini dicetuskan oleh beberapa punca termasuk:

1. Seborrheic dermatitis: Apabila anda mempunyai seborrheic dermatitis, kulit kepala anda menjadi kemerah-merahan, gatal dan berminyak, ditutup dengan serpihan kepingan putih atau kuning.

2. Kebersihan rambut yang tidak terjaga: sekiranya rambut tidak dicuci dengan kerap, ia akan berminyak menyebabkan sel kulit mati yang boleh mengakibatkan kelemumur.

3. Malassezia: sejenis kulat seperti fungus yang bertindak merengsakan kulit kepala.

4. Contact dermatitis: terkadang ramai yang tidak menyedari bahawa produk penjagaan rambut boleh merengsa kulit kepala dan menyebabkan kulit kepala gatal dan berkepingan.

Sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur yang teruk dan telah mengalami punca tersebut, ia masih boleh dirawat dengan beberapa cara antaranya langkah pertama ialah membasuh rambut secara menyeluruh dengan syampu yang tidak berubat.

Seterusnya, urut kulit kepala dan bilas dengan baik. Basuhan yang kerap boleh membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencegah pengumpulannya.

Jika keadaan anda tidak sembuh dengan menjaga kebersihan dengan baik sahaja, anda perlu menggunakan syampu antikelemumur.

Selain itu, ada juga individu yang mengalami masalah yang teruk sehingga kelihatan pada rambut dan pakaian, menyebabkan penampilan yang kurang baik.

Keadaan ini kerap berlaku pada wanita yang bertudung namun lelaki juga turut sama mengalami masalah ini.

Mereka boleh cuba rawatan sampingan seperti:

  1. Minyak kelapa –minyak kelapa membantu menghapuskan apa sahaja reaksi kulat yang terdapat pada kulit kepala anda, serta memberi kelembapan.
  2. Cuka Epal Cider – cuka epal cider adalah baik untuk kulit kepala anda memandangkan keasidannya bertindak sebagai pencegahan yis.
  3. Baking soda – baking soda boleh membantu dalam merawat kelemumur dengan mengurangkan masa tindak balas kulat yang menyebabkan kelemumur. Basahkan rambut anda kemudian sapukan soda pada kulit kepala anda untuk beberapa minit. Kemudian basuh.
  4. Aloe vera – ubat untuk rasa gatal yang anda dapati dengan kelemumur. Urut kepala anda dengan aloe vera sebelum mencuci. Ini akan membantu melegakan gatal.
  5. Bawang putih – bawang putih bertindak sebagai pemusnah bakteria.

Mempunyai keruping putih jatuh ke bahu mungkin menyebabkan tekanan dan memalukan.

Walau bagaimanapun, dengan sedikit kesabaran dan konsisten, rawatan anda tidak jauh daripada menampakkan kesan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here