Home Segmen Kesihatan RADANG TONSIL BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN?

RADANG TONSIL BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN?

480
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Seringkali berlaku radang tonsil atau tonsilitis sama ada di peringkat usia yang muda atau dewasa.

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang terletak di permukaan saluran pernafasan dan percernaan anda serta merupakan antara sistem imun tubuh badan yang paling penting.

Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama terhadap patogen asing iaitu organisme seperti kuman, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan jangkitan.

Sebelum kita pergi jauh, apakah itu radang tonsil?

Kondisi ini biasanya berlaku disebabkan jangkitan organisme bakteria atau virus.

Ia lebih kerap berlaku kepada golongan kanak-kanak, remaja dan belia serta jarang menjangkiti warga emas.

Jika mempunyai masalah ini biasanya kanak-kanak akan lebih kerap meragam dan tiada selera makan disebabkan keradangan tonsil.

Kebiasaannya, tonsilitis adalah salah satu daripada masalah kesihatan akut namun hanya bersifat jangka masa pendek sahaja.

Antara simptom yang paling popular tentang penyakit ini adalah permukaan tonsil akan kelihatan merah cerah dengan bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan dan keperitan apabila menelan amilase liur atau makanan.

Apa simptom & komplikasi tonsilitis?

Sekiranya terkena radang tonsil, mereka mungkin mengalami beberapa simptom antaranya:
• Kelenjar limfoid membesar
• Tonsil membengkak
• Tonsil berubah warna merah dengan bintik putih serta garis nanah
• Timbul ulser pada sekitar kawasan tekak
• Sukar menelan makanan dan minuman pejal
• Hilang selera makan
• Suara berubah garau
• Nafas berbau busuk
• Sakit tekak
• Sakit telinga
• Sakit perut
• Pening kepala
• Demam panas
• Lemah badan

Antara komplikasi yang mungkin berlaku termasuk kesukaran untuk bernafas disebabkan saluran pernafasan mereka tersekat gara-gara tonsil yang bengkak.

Selain itu, tonsilitis juga mungkin boleh merebak sehingga menjejaskan dinding sekeliling tonsil (tonsillar cellulitis).

Jangkitan ini turut meningkatkan risiko pengumpulan nanah pada bahagian belakang tonsil (peritonsillar abscess).

Namun adakah ia begitu kronik sehingga boleh menyebabkan kematian? Jawapannya ya. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, tonsilitis akan menjadi lebih teruk lantas mengakibatkan kondisi kesihatan yang berbahaya sehingga mungkin boleh membawa maut.

Radang tonsil boleh menyebabkan kematian?

Namun ia bukan disebabkan penyakit itu sendiri sebaliknya didasari oleh komplikasi lain yang boleh terjadi akibat penyakit ini.

Dengan itu, mereka yang mempunyai masalah radang tonsil perlu rehat yang secukupnya, menghabiskan antibiotik yang disarankan doktor, minum air putih secukupnya dan mengambil makanan yang lembut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here