Home Buletin Semasa 2.69 JUTA RAKYAT KEMAS KINI PADU

2.69 JUTA RAKYAT KEMAS KINI PADU

140
0

Nik Nur Zakia Abdullah @IMedikel TV

BACHOK: Pengemaskinian Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini mencecah 2.69juta rakyat di negara ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata manakala di peringkat negeri, Kelantan mencatat jumlah 191, 078 pengemaskinian PADU.

“Di Kelantan mencecah 15 peratus, ini membuktikan peratusan yang amat tinggi.

“Kelantan ni antara yang tertinggi termasuk Sarawak. Pengemaskinian di Selangor memang besar berdasarkan jumlah penduduknya tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di program lawatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Mahligai, di sini, hari ini.

Menurutnya rekod PADU adalah 30 juta tetapi ada dalam kalangan rakyat menganggap maklumat yang diberikan sudah mencukupi.

“Tetapi bermula 31 Mac sekiranya tidak mencapai jumlah 30 juta itu pengemaskinian.

“Jadi pendaftaran yang sebelum ini akan terpakai untuk pelaksanaan program-program yang diputuskan oleh kerajaan,”katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata golongan Orang Asli juga tidak dipinggirkan untuk PADU.

“Dalam konteks termasuk Orang Asli dan kawasan pendalaman, kita ada pasukan khas yang menjejaki atau mendekati mereka secara khas melalui Ketua Komuniti, Tok Batin dan sebagainya.

“Dan kita juga menggunakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang kita dah susun penjadualan untuk kita membantu termasuk di kawasan pendalaman yang lain di seluruh negari Kelantan,” katanya.

Dalam masa yang sama pihaknya mengenalpasti titik panas orang ramai untuk meningkatkan keberkesanan dan kemaskini sistem PADU.

Beliau berharap agar orang ramai yang tiada masalah dalam mengemaskini PADU boleh lakukan secara kendiri.

Setakat ini terdapat kira-kira 72 PEDi di Kelantan dan orang ramai digalakkan untuk mengemaskini sistem PADU.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here