Home Sukan GOL LLORENTE NAFIKAN REAL TIGA MATA

GOL LLORENTE NAFIKAN REAL TIGA MATA

123
0

MADRID: Pemain Atletico Madrid, Marcos Llorente meledak gol pada masa kecederaan untuk memadam gol Brahim Diaz pada babak pertama buat pendahulu Real Madrid ketika dua pasukan berjiran itu seri 1-1 dalam La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Real kini mengumpul 58 mata di puncak liga, dua mata di depan Girona, yang akan ditemui mereka Sabtu ini di laman sendiri.

Atletico kekal di tangga keempat dengan 48 mata, dua mata di belakang pasukan tangga ketiga Barcelona.

“Ia satu perlawanan yang bagus daripada kami, kami menguasai permainan tetapi kami tidak bernasib baik apabila melepaskan gol pada minit akhir,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti kepada wartawan.

“Kami bertindak baik, kami berhak menang tetapi kami tiada apa untuk dirungutkan. Kami pendahulu dan kami mempunyai satu peluang untuk menjarakkan kedudukan Sabtu depan.

“Pasukan perlu bertenang, satu mata tetap bagus.”

Tuan rumah membuka tirai jaringan selepas 20 minit apabila Diaz merebut bola muntah berikutan kesilapan benteng pertahanan Atletico dalam kotak penalti untuk merembat masuk dari jarak dekat bagi gol keempatnya dalam liga musim ini.

Atletico berasakan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit pertama babak kedua, namun VAR mencelah untuk menafikan tandukan padu Stefan Savic kerana ofsaid.

Anak buah Diego Simeone akhirnya menyumbat gol pada saat terakhir permainan apabila pemain tengah Llorente menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Real, Andriy Lunin susulan hantaran silang Memphis Depay.

“Gol ini amat menyelerakan, kami bekerja keras sepanjang perlawanan, kami meraih satu mata dan kami gembira dengan kerja sepasukan,” kata Llorente kepada Movistar.

“Kami tidak berasakan mampu mencatat kemenangan dengan cara perlawanan ini berlangsung, tetapi kami mendapat satu mata berharga.”

– REUTERS,BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here